comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ibu dan anak OKU cacat penglihatan rentung dalam kebakaran

GERIK: Dua beranak ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah pondok di kawasan dusun di Kampung Air Tarung, Jalan Air Ganda di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis yang memaklumkan kejadian itu pada 7.38 pagi tadi.

 

Keadaan di lokasi kebakaran. FOTO: Ihsan Bomba

Beliau berkata, susulan itu, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat polis, terdapat dua mangsa di dalam pondok itu yang 95 peratus musnah terbakar.

“Terdapat dua mangsa perempuan, masing-masing berumur 76 tahun dan 43 tahun, didapati rentung.

Mangsa berumur 43 tahun adalah orang kurang upaya (OKU) penglihatan.

“Mangsa adalah ibu serta anak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran itu bagaimanapun sudah padam, sebelum bomba tiba di lokasi.

Loading...
Terkini