comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ibu maut ditikam anak lelaki

 


Oleh Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Seorang wanita warga emas ditemui maut dipercayai dibunuh anak lelakinya yang didakwa mempunyai masalah mental di sebuah pangsapuri di Relau, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Razlam Ab Hamid berkata suspek yang juga anak bongsu mangsa dikatakan menelefon dan memaklumkan sendiri kejadian itu kepada abangnya kira-kira jam 5 petang.

Abang kepada suspek kemudiannya menghubungi pihak polis untuk makluman dan tindakan lanjut.

Jelas beliau, susulan itu polis bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek berusia 56 tahun di unit kediaman terbabit.

“Hasil siasatan awal mendapati sebelum kejadian, anak sulung dan anak kedua menelefon mangsa berusia 67 tahun itu namun panggilan tersebut tidak dijawab.

“Kemudiannya mereka dikejutkan dengan panggilan mengatakan ibu mereka mati akibat ditikam menggunakan gunting oleh suspek.

 

“Mangsa dikatakan hanya akan datang ke rumah peninggalan suaminya itu tiga hari seminggu bermula Jumaat, manakala hari lain tinggal bersama anak sulungnya di Batu Maung.

“Suspek pernah membuat ugutan bunuh terhadap semua ahli keluarganya ketika mereka tinggal bersama di Batu Maung, selain pernah dimasukkan ke wad rawatan psikiatri di Jalan Perak di sini, tahun lalu,” kata Razlam ketika ditemui di lokasi kejadian malam ini.

Tambah beliau, motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini