comscore
Tumpuan :
Nasional

Ibu mohon bantuan cari anak lelaki OKU hilang 35 hari

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental, berusia 43 tahun dilaporkan hilang setelah keluar dari rumahnya di Kampung Bukit Petiti , Manir Kuala Terengganu, pada 9 April lalu sehari sebelum umat Islam menyambut 1 Syawal.

Kehilangan tersebut disedari keluarga setelah Wan Hizani Wan Nilam, seharian tidak pulang ke rumah setelah keluar pada pukul 9 pagi untuk mengisi minyak percuma di sebuah stesen minyak yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Ibunya, Limah Sulong, 66 tahun berkata, anaknya keluar dari rumah dengan menaiki motosikal  jenis Honda EX5 berwarna hitam.

Katanya dia bimbang sesuatu yang buruk berlaku kerana anaknya sebelum ini tidak pernah tidak pulang ke rumah.

Susulan itu dia membuat laporan polis selepas 24 jam anaknya tidak pulang.

Dia sekeluarga telah mencari merata tempat serata kampung dan kawasan berhampiran namun gagal menemuinya.

Dia juga ada menerima panggilan telefon mendakwa ada ternampak anaknya di bandar Kuala Terengganu.

“Saya cari di merata tempat, di kawasan lapangan terbang, kawasan kampung dan seluruh kawasan Kuala Terengganu tetapi tidak ada petunjuk.

“Semalam Hari Ibu, hati saya berduka, saya sering teringatkan dia, saya berdoa siang dan malam dan saya amat rindukan dia”, katanya.

Tambahnya, mereka sekeluarga turut memeriksa mana-mana klinik kesihatan dan hospital.

Namun tiada sebarang maklumat diperolehi setakat ini.

Dia berharap mana-mana individu yang ada terlihat anaknya agar memberi maklumat segera di talian 014-5032076 atau menghubungi balai polis berdekatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini