comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Identiti dua mayat dalam kereta dikenal pasti 

 

Oleh: Fazli Ahmad

ROMPIN: Identiti dua mayat ditemui dalam kereta di sebuah stesen minyak di Muadzam Shah, dekat sini, petang semalam sudah dikenal pasti.

Mayat lelaki ditemui di tempat duduk pemandu dikenali sebagai Rohashidi Abron, 41,berasal dari Muadzam Shah dan rakannya, Norlina Seeron, 43, ditemui terbaring di tempat duduk penumpang depan berasal dari Jempol, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof, berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki kedua-dua mangsa berhenti di tempat parkir stesen minyak berkenaan kira-kira jam 6:42 pagi, kelmarin.

Katanya, kedua-dua mayat dalam kereta berkunci itu ditemui petugas stesen minyak terbabit petang semalam dan membuat laporan polis.

“Semakan kemera litar tertutup (CCTV) mendapati kedua-dua mangsa tidak keluar kenderaan sejak berhenti di parkir itu,”

“Siasatan juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah menyebabkan kematian kedua-dua mangsa,”

“Kesemua barangan peribadi mereka berada dalam kenderaan itu.” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari, ini.

Menurutnya, polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut.

Katanya, proses bedah siasat terhadap kedua-dua mayat sudah dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

“Punca kematian sebenar kedua-dua mangsa belum diketahui dan polis masih menunggu laporan kimia untuk analisa toksikologi.” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini