
JOHOR BAHRU: Identiti tiga mangsa yang rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Limau Manis, Kampung Oren, Ulu Tiram awal pagi tadi, sudah dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, mangsa yang maut adalah Ng Geok Choo, 63, anaknya, Lee Chiw Yong, 30, serta cucunya, Chen Si Jing, 11.
Katanya, seorang lagi mangsa adalah cucu kepada pasangan berkenaan yang terselamat dan melecur pada muka dan tangan dikenali sebagai Chen Yu Rong, 12.
Katanya, mayat ketiga-tiga mangsa yang rentung dan seorang kanak-kanak lelalki yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat serta rawatan.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi tadi, kesemua mangsa sedang nyenyak tidur dalam sebuah rumah separuh kekal yang didiami mereka sebelum terbakar.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.