
KUCHING: Identiti semua mangsa dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri hari ini, sudah dikenal pasti.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, lima mangsa yang maut disahkan dua wanita iaitu Sazarena Arabi, 41; Fatimah Dawi, 71; dua kanak-kanak perempuan, Nur Raisyah Syahirah, 8, dan Nur Rania Syafiqah, 11, serta remaja lelaki, Irsyad Syairah, 16.
Semua mangsa tinggal serumah dan dua lagi penghuni rumah yang sama iaitu Nur Irsalina Syairah, 17 dan Arabi Samsudin, 71 ditemui selamat.
Identiti lima penghuni sebuah lagi rumah yang terselamat dalam kejadian itu ialah Nur Afiqah, 29; Nur Athirah Nabinah, 29, Nur Aqilah Nadirah, 18; Muhammad Mahmud, 60 manakala Massahan Mustafa, 58, mengalami cedera ringan di kaki kiri.
Kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit itu pernah berlaku 16 tahun lalu.
Dalam kejadian awal pagi 16 Januari 2009, dua pekerja stesen minyak terkorban apabila mereka tertimbus dalam runtuhan yang turut meranapkan stesen minyak terbabit.
Pada 23 Januari 2014, satu lagi kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan berdekatan sehingga memaksa 16 penghuni rumah meninggalkan kediaman mereka.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Enam dipercayai tertimbus, tanah runtuh di Miri
- Tanah runtuh Miri: Seorang maut, 2 selamat, 4 masih hilang
- TERKINI: Seorang lagi mangsa tanah runtuh Miri ditemukan
- TERKINI: 4 disahkan maut dalam tanah runtuh di Miri
- Tanah runtuh: JPBNS sedia bawa pakar bantu operasi SAR
- Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Miri ditemui