comscore
Tumpuan :
Nasional

Identiti rangka manusia belum dikenal pasti

Foto hiasan

HULU SELANGOR: Polis masih belum mengenal pasti identiti rangka manusia yang dijumpai di kawasan Rawang Bypass, di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, setakat ini pihaknya boleh mengesahkan rangka terbabit sudah berada di Hospital Sungai Buloh.

“Mengenai ada unsur jenayah dan sebagainya, ia masih dalam siasatan polis,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Asri memaklumkan waris belum lagi menuntut rangka manusia itu.

Terdahulu, seorang lelaki menemukan rangka manusia ketika mencari barangan lama dan besi di kawasan terbabit.

Rangka itu ditemukan jam 1 petang oleh individu berusia 53 tahun selepas terhidu bau busuk.

Ketika kejadian, tiada barangan seperti dokumen pengenalan diri atau telefon bimbit ditemukan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini