comscore
Tumpuan :
Nasional

IJN berjaya jalankan dua prosedur pemindahan jantung

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Selepas lapan bulan menunggu sejak disahkan menghidap masalah jantung pada Mei 2023, seorang pesakit berusia 20 tahun yang bergantung kepada ubat-ubatan akhirnya menerima jantung baharu.

Prosedur pemindahan jantung itu berjaya dilakukan institut jantung negara Institut Jantung Negara (IJN) pada Januari lalu.

Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata prosedur berkenaan turut membabitkan seorang lagi pesakit wanita berusia 19 tahun.

Berikutan kejayaan menyelamat nyawa dua insan terbabit IJN kini giat menambah baik rawatan terhadap pesakit, malah komited meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pendermaan organ.

“Kekangan dan juga cabaran yang kita ada selama 30 tahun adalah untuk mendapatkan organ jadi Kementerian Kesihatan (KKM) tidak dapat mengembangkan hospital transplant kerana kita tiada penderma.

“Jadi kita perlukan kerjasama daripada individu yang telah berikrar untuk menderma organ,” katanya.

Muhammad Farhan Irfan Mohd Razif, 20

Muhammad Farhan Irfan Mohd Razif, 20 merupakan salah seorang daripada dua pesakit yang berjaya menjalankan prosedur berkenaan.

Dia sebelum ini disahkan menghidap masalah berkaitan otot jantung.

“Saya kini lebih sihat dan tidak lagi penat seperti sebelum ini, dan saya sudah dua bulan bersama jantung baru.

“Bagaimanapun saya masih bergantung dan mengambil ubat ubatan untuk memastikan jantung sentiasa sihat,” katanya.

Sebelum itu, Noor Hisham turut memaklumkan Malaysia mencatat hampir 382,020 pengikrar penderma berdaftar sejak 1997, namun hanya 0.02 peratus sahaja yang berakhir mendermakan organ.

Situas itu berpunca daripada kekangan dan halangan daripada beberapa pihak sebelum melakukan pembedahan.

“Walaupun telah berikrar, tetapi apabila hari menderma organ tu dah sampai, ada keluarga tidak setuju dan sebagainya.

“Kalau dilihat dari segi pendermaan organ, negara paling berjaya yang boleh dicontohi ialah Turki, sebuah negara Islam, dalam tempoh 2008 hingga 2020, mereka berjaya melaksanakan pemindahan jantung sebanyak 765 di 15 pusat jantung, sedangkan kita hanya 29 sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media mengenai perkongsian kejayaan pemindahan jantung di IJN di sini hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini