comscore
Tumpuan :
Nasional

ILHAM Centre nafi keluar dapatan kemenangan mana-mana kerusi

PALSU

KUALA LUMPUR: Badan Penyelidik ILHAM Centre menafikan mengeluar sebarang dapatan berkaitan bilangan pecahan kerusi-kerusi yang bakal dimenangi parti-parti bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) nanti.

Pengarah Eksekutif ILHAM Centre Hisommudin Bakar berkata pihaknya ambil maklum berikutan beberapa perkongsian dapatan yang didakwa daripada pihaknya.

“Untuk makluman, pihak kami belum mengeluarkan sebarang laporan akhir berkaitan cerapan lapangan pada waktu ini”

“Segala sebaran daripada ILHAM Centre hanya akan dimaklumkan melalui laman rasmi ILHAM Centre” menurutnya dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Beliau berkata perkara berkaitan akan dikongsi kepada media pada 18 November nanti.

Sebelum ini tular jadual yang menunjukkan unjuran badan penyelidik, bahagian risikan dan agensi berkaitan, berhubung kedudukan kerusi yang boleh dimenangi parti-parti yang bertanding pada PRU-15.

Menerusi jadual berkenaan, setakat 6 pagi tadi, badan penyelidik itu dikatakan mengunjurkan Pakatan Harapan memiliki kerusi terbanyak dengan 87 kerusi diikuti Perikatan Nasional (46) manakala Barisan Nasional (39).

Loading...
Terkini