comscore
Tumpuan :
Nasional

Imigresen gempur tiga pangsapuri ‘sarang’ PATI

PETALING JAYA: Pelbagai taktik digunakan warga asing untuk mengelak daripada ditahan dalam serbuan pihak berkuasa di tiga pangsapuri di Taman Connaught, Cheras awal pagi tadi.

Ada yang sanggup bersembunyi dalam tong sampah dan almari, malah ada yang bertindak lebih agresif dengan membaling pelbagai objek termasuk botol.​​​​​​​

Namun semua cubaan itu nyata sia-sia apabila akhirnya mereka dapat diberkas Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.

Seramai 425 warga asing berusia antara 8 hingga 54 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah, tinggal lebih masa atau tamat tempoh Pas Lawatan Kerja Sementara selain pemegang kad tidak diiktiraf.

Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, operasi  jam 1 pagi itu berakhir jam 4 pagi tadi.

Pengarah Imigresen Syamsul Bahrin Mohshin

Ia dilakukan hasil siasatan dan risikan selama 2 minggu susulan aduan  awam mengenai jumlah warga asing terlalu ramai di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan banyak masalah sosial.

Jelasnya, mereka yang ditahan iaitu 372 lelaki dan 53 wanita.

“Dengan kekuatan anggota seramai 80 orang pegawai Imigresen pelbagai pangkat, pemeriksaan telah dijalankan terhadap 600 orang wanita dan lelaki yang terdiri daripada warganegara Malaysia dan warganegara asing.

“Pasukan operasi berjaya menahan seramai 425 orang warganegara asing berumur di antara 8 tahun hingga 54 tahun yang terdiri daripada 378 orang lelaki dan 53 orang wanita dan kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan dan tindakan susulan,” katanya  dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, warga Bangladesh paling ramai ditahan iaitu 252 orang, diikuti warga Myanmar (108), Filipina (dua), Indonesia (30), Kemboja (enam), Nepal (20) dan tujuh warga Pakistan.

Menurutnya, siasatan mendapati warga asing yang ditahan  bekerja dalam pelbagai bidang termasuk sektor pembinaan dan pembersihan.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini