comscore
Tumpuan :
Nasional

Imigresen Perak tahan 39 warga asing di daerah Kinta

Foto: NSTP

IPOH: Seramai 39 pendatang tanpa izin dicekup apabila Jabatan Imigresen (JIM) Perak menggempur 17 premis perniagaan dalam operasi yang dilakukan di sekitar daerah Kinta malam semalam.

Pengarahnya, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata operasi yang bermula jam 11 pagi semalam dan berakhir pada jam 2.30 pagi tadi telah memeriksa antaranya kilang, kedai gunting rambut, kedai makan serta pasar mini.

“Dengan kekuatan pegawai dan anggota seramai 18 orang, pemeriksaan telah dijalankan ke atas 101 warga asing dan daripada jumlah itu seramai 39 orang ditahan.

“Kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki warga Bangladesh, lapan lelaki warga India, seorang lelaki Pakistan, 17 lelaki dan tiga wanita warga Myammar serta enam individu termasuk tiga wanita warga Indonesia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Meor Hezbullah berkata kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Menurutnya mereka ditahan di Depot Imigresen Ipoh bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut proses undang-undang.

— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini