Tumpuan :
Nasional

Imigresen Perak tahan 76 warga asing, termasuk kanak-kanak, bayi

Jabatan Imigresen Perak menahan 76 warga Myanmar, Thailand dan Indonesia yang melakukan pelbagai kesalahan imigresen dalam Ops Bersama di sekitar Pantai Remis, Manjung. – Foto FB JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI PERAK

IPOH: Jabatan Imigresen Perak menahan 76 warga Myanmar, Thailand dan Indonesia yang melakukan pelbagai kesalahan imigresen dalam Ops Bersama di sekitar Pantai Remis, Manjung.

Mereka yang ditahan dalam operasi bermula jam 9 malam kelmarin hingga 7 pagi semalam itu berusia empat bulan hingga 61 tahun terdiri 50 lelaki, 22 wanita, empat kanak-kanak dan bayi, hasil pemeriksaan dilakukan ke atas 153 individu dalam operasi itu.

Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, semua individu ditahan dihantar ke Depot Imigresen Ipoh untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen.

“Antara kesalahan adalah memasuki Malaysia tanpa pas sah, tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas dan melanggar syarat pas yang telah dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Meor Hezbullah berkata, selain 125 anggotanya, operasi berkenaan turut melibatkan 100 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 35 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini