comscore
Tumpuan :
Nasional

Imigresen serbu premis hiburan tumpuan warga Afrika

Antara warga Afrika yang ditahan anggota Jabatan Imigrsen di sebuah premis hiburan di Puchong, semlama. – FOTO: Ihsan Jabatan Imigresen

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menyerbu sebuah premis hiburan yang menjadi lokasi tumpuan warga Afrika untuk berhibur di Puchong, di sini, semalam.

Serbuan kira-kira jam 12 tengah malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Integriti, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, dalam serbuan itu pihaknya memeriksa 25 individu warga asing dari pelbagai negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 13 lelaki warga Nigeria, seorang wanita warga Uganda dan dua wanita warga Thailand masing-masing berusia 25 hingga 47 tahun ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen atau pas yang sah.

“Tindakan penguatkuasaan ini diambil susulan aduan awam berhubung terdapatnya warga asing yang berpesta sehingga mengganggu gugat ketenteraman awam di kawasan kejiranan yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, modus operandi premis itu ialah menyediakan hiburan dan minuman keras serta terdapat segelintir pengunjung akan membawa gadis warga asing sebagai pelayan.

“Premis ini menjadi tumpuan dalam kalangan warga Afrika untuk berhibur kerana ia beroperasi mulai jam

7 malam hingga jam 2 pagi tanpa sebarang gangguan.

“Ketika serbuan, terdapat pengunjung berada di bawah pengaruh alkohol yang cuba melakukan provokasi dengan menjerit memarahi anggota operasi.

“Terdapat juga cubaan melarikan diri dengan merempuh pegawai operasi, namun berjaya disekat. Semua tahanan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Ruslin berkata, semua mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Kita akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini