comscore
Tumpuan :
Nasional

Impian Aidilfitri di rumah baharu musnah

Impian sebuah keluarga untuk meraikan Aidilfitri di rumah baharu di Taman Sri Andalas musnah apabila mendakwa diperdaya oleh sebuah syarikat kontraktor yang melesapkan wang kos pembinaan mencecah RM205,000.

Selain kerugian, rumah asal dirobohkan dan terpaksa menyewa rumah lagi.

Mangsa, Zainol Dzul Hafiz Zainal, 35, berkata rumahnya telah dirobohkan sejak lapan bulan lalu oleh kontraktor yang dilantik.

Pihaknya mula merasa curiga kerana mereka hanya melakukan kerja perobohan dan dibiarkan terbengkalai sehingga Disember tahun lalu.

Lebih mengejutkan apabila kontraktor itu didapati tidak pernah menghantar pelan binaan untuk kelulusan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

MPK telah menampal notis saman memaklumkan rumah berkenaan diroboh dan melakukan pengubahsuaian tanpa sebarang kelulusan.

Kontraktor itu sebelum ini memberi pelbagai alasan seperti faktor kekurangan pekerja sehingga menghentikan pembinaan tersebut

Selepas pelbagai masalah yang timbul, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Tambah bapa kepada tiga anak itu, dia sekeluarga kini terpaksa menyewa rumah di Setia Alam dan sedih tidak dapat beraya di rumah baharu.

Sementara itu, adik iparnya, Mohd Azahari Ahmad, 33, berkata dia turut menjadi mangsa kontraktor sama melibatkan pembinaan rumah baharu di Kampung Rantau Panjang di sini, sejak Ogos tahun lalu

Tambah Azhari, dia amat kecewa kerana kediamannya sepatutnya dijadualkan siap Februari lalu.

Buat sementara waktu, ndia kini terpaksa menyewa di sekitar daerah ini dengan kos RM1,500 sebulan.

Loading...
Terkini