comscore
Tumpuan :
Nasional

Import telur dari India mampu pulihkan bekalan di Melaka

Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, Ngwe Hee Sem semasa sesi ‘walkabout’ bagi pemeriksaan tanda harga di gerai jualan di Jonker Walk, Melaka

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA: Bekalan telur ayam import dari India yang memasuki pasaran di Melaka mampu membantu memulihkan isu kekurangan bekalan bahan makanan itu di negeri ini.

Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata, bekalan itu juga mampu menampung permintaan yang meningkat menjelang musim perayaan pada bulan ini.

“Setakat ini, bekalan telur di pasaran kita masih cukup, mungkin tiada satu atau dua hari itu biasalah, tetapi untuk pasaran, kita boleh atasi.

“Lagi pun bekalan telur yang diimport dari India juga, kita sudah terima di beberapa pasar raya yang ada di Melaka. Jadi, ia dapat menambah bekalan telur yang tidak cukup sebelum ini.

“Setakat ini, bila telur dari India sudah masuk, memang masalah bekalan telur tidak cukup sudah selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan walkabout di Jonker Walk di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar dan Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Rohaimi Mohamed Zawawi.

Sementara itu, Norena meminta orang ramai khususnya peniaga kuih raya agar tidak melakukan pembelian secara pukal terutama menjelang sambutan perayaan dengan tujuan untuk menyimpan bekalan.

“Tiada had jualan telur dalam kuantiti tertentu seperti minyak masak bersubsidi, tetapi orang ramai diminta tidak melakukan pembelian secara pukal.

“Kita tahu menjelang musim perayaan (Tahun Baharu Cina) nanti, orang ramai mencari bekalan terutama untuk membuat kuih raya sebagai persediaan hari raya mereka,” katanya.

Loading...
Terkini