comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] India sekat eksport bawang kerana berdepan pilihan raya

 

Oleh Nurul Amalina Zainudin

PELABUHAN KLANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, KPDN mengesahkan berlakunya kenaikan harga bawang dari India.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan ia berikutan negara itu sedang menyekat eksport bawangnya kerana sedang berdepan pilihan raya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, KPDN Datuk Armizan Mohd Ali mencuba projek rintis bagi menguji sistem MySubsidi Diesel dan sistem Fleet Card syarikat minyak yang akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 Februari depan.

“Itu dasar kerajaan luar yang beyond us, di luar kawalan kita. Ini isu apabila sistem sedia ada terlalu bergantung kepada barangan luar, jadi polisi negara tertentu. Kita tak dapat mengawal polisi tersebut. Dan saya sahkan di sini berdasarkan laporan pemantauan, di peringkat KPDN tanggungjawab kita penguatkuasaan dan pemantauan bagi bawang dari India ini memang berlaku sedikit kenaikan,” katanya.

Armizan ditemui ketika meninjau projek rintis bagi menguji sistem MySubsidi Diesel dan sistem Fleet Card syarikat minyak yang akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 Februari depan.

Ujarnya, sekatan eksport yang yang dilaksanakan India bermula 7 Disember lalu sehingga 31 Mac depan itu adalah bagi memastikan bekalan domestik itu mencukupi untuk rakyatnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas susulan kenaikan harga bawang India yang dikatakan lebih 30 peratus sejak bulan lalu.

Tambahnya, KPDN telah memaklumkan isu tersebut kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam mencari alternatif meningkatkan bekalan bawang di negara ini bagi menstabilkan harga pasaran.

Loading...
Terkini