comscore
Tumpuan :
Nasional

Individu ditemui rentung dalam kereta terbakar

Oleh: Kumaran Rajamoney

BAGAN SERAI: Seorang individu yang identitinya tidak dapat dipastikan ditemui rentung dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara yang sedang terbakar berhampiran Tanah Perkuburan Cina, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden kebakaran itu sekitar jam 2.05 petang.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai dikejarkan ke lokasi. Kebakaran membabitkan sebuah kereta dalam keadaan diparkir di tepi jalan, dan berhampiran bangunan kosong.

“Kenderaan itu musnah dengan skala kebakaran sebanyak 50 peratus. pemeriksaan kemudian menemukan seorang mangsa telah rentung di dalam kereta tersebut,” katanya.

Usaha pemadaman katanya, dilakukan menggunakan dua aliran hos air dan operasi tamat pada jam 2.42 petang.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kerian Supritenden Juna Yusoff ketika dihubungi menjelaskan siasatan masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar, untuk bedah siasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini