comscore
Tumpuan :
Nasional

Individu Positif COVID-19 Tidak Kritikal Dibenarkan Keluar Mengundi

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah / Zamri Ghani

KUALA TERENGGANU:Individu yang positif COVID-19 dengan tahap kesihatan yang tidak kritikal akan dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.

Bagaimanapun, mereka perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kehadiran mereka akan dipantau ketat oleh kakitangan Kementerian Kesihatan yang akan bertugas di pusat mengundi di seluruh negara.

Kakitangan kementerian juga akan menjadi sebahagian petugas PRU15 nanti untuk memastikan perjalanannya selamat dan lancar.

“Ada setakat ni kalau kita lihat SOP dengan tahun 2020 berbeza sikit, kita punya SOP ialah melihat kepada keparahan, kes positif munggkin ada jadi mereka kena pakai pelitup muka untuk datang ke pusat mengundi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Penglihatan Sedunia peringkat kebangsaan di Taman Tamadun Islam hari ini.

Hanya pesakit COVID-19 bagi kategori satu dan dua sahaja yang akan dibenarkan pergi mengundi pada PRU-15 akan datang

Antara SOP tersebut ialah pemakaian pelitup muka, pelindung muka (face shield) dan penggunaan cecair pembasmi kuman.

Dalam pada itu, beliau berkata tiada sebarang larangan untuk individu yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 untuk hadir mengundi pada PRU-15 nanti.

Katanya risiko jangkitan itu tetap ada walaupun kepada individu yang telah disuntik vaksin namun kesannya apabila dijangkiti sudah pasti berbeza.

Mereka yang belum menerima vaksin, tahap keparahan jangkitan adalah lebih teruk berbanding individu yang telah lengkap divaksin

Loading...
Terkini