comscore
Tumpuan :
Nasional

Industri kecil akan dibenarkan beroperasi

KUALA LUMPUR: Lebih banyak sektor membabitkan pemain industri kecil akan diberikan kebenaran untuk beroperasi tidak lama lagi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya menerima banyak permohonan daripada pelbagai pihak antaranya seperti penjaja yang pendapatan mereka terjejas teruk.

“Dua hari lepas, kita menerima permohonan daripada persatuan penjaja, bila mereka boleh mula berniaga, membuka pasar malam, berniaga di pasar pagi.

“Masalah ini kita dengar dan berbincang. Persatuan penjaja sendiri diminta berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai dilakukan nanti.

“Kita tidak tahu sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini disambung atau tidak tetapi saya jangkakan, banyak lagi sektor akan dibuka bergantung kepada situasi semasa COVID-19,” katanya dalam sidang media harian, hari ini.

Loading...
Terkini