comscore
Tumpuan :
Nasional

Inflasi, pengangguran catat penurunan bukti kerajaan cekap urus negara – Ismail Sabri

KUANTAN : Ekonomi dan pembangunan negara terus rancak walaupun dunia mengharungi tempoh sukar sejak pandemik COVID-19 melanda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama keluarga Malaysia serta kecekapan tadbir urus kerajaan membolehkan negara keluar daripada kemelut itu dan fokus memulihkan ekonomi.

 

Beliau ketika berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah Kuantan memberitahu prestasi ekonomi negara kini antara yang terbaik di Asia Tenggara dengan pertumbuhan keluarga dalam negara kasar, KDNK, 8.9 peratus pada suku kedua berbanding 5 peratus pada suku pertama tahun ini.

Katanya, hasil pertumbuhan itu sekaligus mendorong masalah pengangguran berjaya dikurangkan .

”Kerajaan juga berjaya mengembalikan pasaran buruh ke tahap guna tenaga penuh, kadar pengangguran pada bulan Ogos 2022 iaitu 3.7 peratus jauh lebih rendah berbanding Ogos 2021 iaitu 4.6 peratus . Alhamdulillah Malaysia juga diiktiraf sebagai negara ke 18 paling aman di dunia daripada 163 negara dan kedua di Asia berdasarkan indeks keamanan global (GPI) 2022 ”, katanya

Tambah beliau, kadar inflasi negara juga mencatatkan penururunan kepada 4.5 peratus pada September 2022 berbanding 4.7 peratus pada Ogos lalu.

Kerajaan juga mengambil inisiatif untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat dengan menyalurkan subsidi sebanyak RM77.7 bilion.

Selain itu lebih RM27 bilion disalurkan untuk pelbagai bantuan lain seperti pendiidkan, pengangkutan dan pertanian.- BULETIN TV3

Loading...
Terkini