comscore
Tumpuan :
Nasional

Infra ‘Kerian Hi-Tech’ bantu selesaikan isu sumber air mentah Pulau Pinang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) melakukan simbolik perasmian pada Majlis Pecah Tanah Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP 3) di Batu Kawan. – FOTO NSTP

BATU KAWAN: Berita baik buat pengguna air Pulau Pinang apabila kerajaan persekutuan bersetuju membangunkan infrastruktur “Kerian Hi-Tech” sebagai usaha menyelesaikan isu sumber air mentah di negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata projek baharu yang akan disegerakan itu diyakini membawa limpahan manfaat ke selatan Seberang Prai termasuk Sungai Acheh.

“Memang berlaku kelewatan untuk mendapat keyakinan dari kerajaan negeri Perak, walau bagaimanapun bekalan air dan tenaga yang ditumpukan dari Sungai Perak ke kawasan Kerian telah mendapat persetujuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP 3), disini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Datuk Aziz Bakar melihat pelan pembangunan Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP 3) pada Majlis Pecah Tanah BKIP 3 di Batu Kawan. – FOTO: NSTP

Tambah Anwar, kawasan Kerian mempunyai bekalan air yang cukup dan akan disalurkan terus ke Seberang Perai.

Pada Mac tahun lalu, Anwar mengadakan rundingan dengan Menteri Besar Perak dan Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung isu bekalan air mentah membabitkan kedua-dua negeri itu.

Ia berikutan Datuk Seri Saarani Mohamad tetap dengan keputusannya untuk tidak membekalkan air dari Sungai Perak ke Pulau Pinang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini