comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Ini bukan mesyuarat UMNO’ seloroh PM

Oleh Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: ‘Ini bukan mesyuarat UMNO’, seloroh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pengamal media sebelum mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang bermula jam 8.30 malam tadi.

Mesyuarat itu dimaklumkan bakal membincangkan mengenai pelaksanaan manifesto atau akujanji parti gabungan yang membentuk kerajaan.

Perbincangan itu akan menjurus kepada mencari titik persamaan agenda rakyat dalam manifesto parti gabungan yang ditawarkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Datuk Seri Anwar kembali menjejakkan kaki ke Ibu Pejabat UMNO itu selepas 25 tahun meninggalkan parti berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hadir dalam mesyuarat sama.

Turut hadir, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Loading...
Terkini