comscore
Tumpuan :
Nasional

Inisiatif ‘Coins Donation’, hidup amalan bersedekah

Tabung ‘Coins Donation’ di SK Kuala Perlis yang disumbang murid dan guru

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

KANGAR: Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perlis mewujudkan inisiatif ‘Coins Donation’ sebagai usaha menghidupkan amalan bersedekah dalam kalangan muridnya.

Penciptaannya yang disuntik dengan eleman Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), tampak luar biasa hingga berjaya menarik perhatian murid untuk bersedekah.

Guru besarnya, Suzaide Mat Noh berkata, tabung derma itu diwujudkan sebulan lalu hasil cetusan idea Guru Panitia Pendidikan Islam SK Kuala Perlis untuk kegunaan mengimarahkan surau sekolah.

“Selepas disarankan untuk membuat tabung surau, pada saya tabung derma sudah jadi kebiasaan jadi saya berfikir untuk membuat kelainan.

“Jadi tercetuslah idea bila kita masukkan duit kita boleh nampak duit kita jatuh, dalam masa sama bila duit tu dia menggelungsur dan melanggar beberapa halangan sebelum jatuh dan menyebabkan bunyi, itu yang menarik,” katanya ketika ditemui di SK Kuala Perlis, pagi tadi.

Kem bestari solat untuk murid dibawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Menurut Suzaide, pihak sekolah tidak memaksa murid untuk menderma tetapi konsepnya lebih menjurus kepada mendidik amalan bersedekah.

“Kita nak mendidik supaya menghargai walaupun duit syiling sebab duit syiling ni kadang-kadang anak-anak ni dia buat tak tahu.

“Jadi bila kita wujud tabung begini, dia tahu tempat mana dia nak salurkan dan kadang-kadang dia terjumpa duit, jadi kita dah latih bila bukan hak kamu kamu tak boleh ambil, kamu boleh masukkan duit itu dalam tabung sebagai sumbangan untuk surau.

Seorang murid tahun 6, Nur Ariana Munif berkata, dia sudah beberapa kali menderma dan berasa tertarik dengan kreativiti penciptaan tabung itu.

“Saya suka sebab dia menarik, sebab kalau letak coin kat sini dia ada berirama macam muzik.

Hasil kebun yang ditanam di kawasan surau, dijual kepada warga sekolah

Selain inisiatif tabung derma, surau sekolah itu turut menjana pendapatan sendiri melalui hasil tanaman sayur yang dijual kepada warga sekolah.

Hasilnya kini membawa perubahan pada surau dan di kawasan persekitarannya.

Menurut Suzaide, pelbagai aktiviti turut dilakukan di dalam surau Al-Firdaus seperti kelas pengajaran di luar bilik darjah selain tidak terhad untuk bersolat serta pengajian agama sahaja.

Loading...
Terkini