comscore
Tumpuan :
Nasional

Inspektor polis rogol pengadu, tindakan tegas akan diambil – KP Kelantan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun

PASIR MAS: Inspektor polis yang direman tujuh hari selepas disyaki merogol pengadu akan dikenakan tindakan tatatertib serta digantung kerja jika terbukti melakukan kesalahan terbabit.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun, berkata malah tindakan lebih teliti diambil terutama pada kes yang membabitkan anggota sendiri.

“Kita sudah mendapatkan bukti fizikal untuk dihantar ke Unit Forensikdan mengambil kesemua barangan di lokasi kejadian bagi tujuan siasatan.

“Berdasarkan laporan, mangsa yang berusia 23 tahun yang bekerja sebagai peniaga kosmetik dalam talian dipanggil oleh pegawai berkenaan sebagai saksi kes pemerasan bahan lucah membabitkan rakanya, namun mangsa kemudian mendakwa dirogol ketika proses siasatan dijalankan,” katanya.

Terdahulu, seorang Inspektor polis direman tujuh hari selepas disyaki merogol pengadu yang datang membuat laporan di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, di sini, kelmarin.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di Mahkamah Majistret Tumpat di sini hari ini.

Tahanan reman itu bagi membolehkan pegawai polis terbabit yang juga pegawai penyiasat berusia 38 tahun disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Muhammad Zaki berkata, pihaknya meminta untuk diberikan ruang bagi menjalankan siasatan secara teliti membabitkan kes ini dan perkembangan dari semasa ke semasa akan dikongsi selepas ini.

“Kita akan mengambil tindakan tegas sekiranya benar berlaku insiden seperti yang didakwa kerana perkara terbabit turut memburukkan nama naik serta imej baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya meminta agar orang ramai tidak membuat spekulasi sendiri kerana agensi kami sedaya upaya memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini