comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] IOI City Mall tutup operasi sementara kerana ‘blackout’

PUTRAJAYA: Pusat beli belah, IOI City Mall Putrajaya ditutup operasi sementara susulan gangguan bekalan elektrik.

Semua pelanggan diarah mengosongkan premis.

Satu ciapan di X oleh Syedewa mengatakan pusat beli-belah berkenaan ditutup kerana ketiadaan elektrik.

“kiosk aku kat sana pun kena tutup sebab tak boleh operate.” katanya lagi.

Foto: Orang awam

Menurutnya lagi, pusat beli-belah berkenaan dijangka beroperasi semula antara jam 1 hingga 5 petang.

Sementara itu, pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah tiba di lokasi untuk memulakan kerja-kerja pemulihan kabel yang terjejas sebentar tadi.

Dua set janakuasa bergerak 1000kVA juga telah disediakan untuk memberi bekalan kepada kompleks tersebut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini