comscore
Tumpuan :
Nasional

RUU IPCMC akan diperhalusi semula – Takiyuddin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan. Sumber Facebook.
Oleh Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 akan diteliti dan diperhalusi semula oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata RUU berkenaan akan diteliti oleh beliau dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Hasil perbincangan itu akan dibawa ke peringkat perbincangan dalam Kluster Keselamatan yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum dibawa ke mesyuarat kabinet untuk diputuskan,” katanya menerusi Facebooknya, hari ini.

Sebelum ini, bekas Menteri di JPM, Datuk Liew View Keong dilaporkan menangguhkan pembentangan RUU IPCMC ke sidang Dewan Rakyat akan datang untuk penambahbaikan menerusi pandangan daripada pihak berkepentingan.

RUU IPCMC 2019 dibentang buat kali pertama di Dewan Rakyat pada 18 Julai 2019, dan ia bertujuan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi meningkatkan integriti dan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

IPCMC akan bertindak sebagai badan pemantau bebas untuk menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis.

Loading...
Terkini