Tumpuan :
Nasional

IRC 2025 himpun pakar industri dari pelbagai negara

Oleh: Hilmi Abdul Malik

KUALA LUMPUR: Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025 bakal diadakan selama dua hari bermula 7 Januari bertempat di Hotel Grand Hyatt.

Bertemakan Quantum Frontier: Regulation & Innovation In The Tech Era, program anjuran Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) kali kedua itu sekali lagi menghimpunkan pakar-pakar pelbagai industri yang didatangkan dari seluruh negara.

Program berkenaan antara lain membawa objektif pendedahan transformasi digital menerusi penggunaan teknologi terkini selain mencipta peluang-peluang baharu.

Ia antara lain menyediakan platform bual bicara yang menampilkan beberapa panel pakar bagi menggarab kerjasama dalam membina kerangka kerja kawal selia khususnya melibatkan Kementerian Komunikasi.

Setakat ini, seramai 30 panelis daripada pelbagai latar belakang akan terlibat dengan persidangan berkenaan dan menjadikan platform berkenaan sebagai ruang bertukar pendapat.

Antara individu yang bakal terlibat terdiri daripada Ketua Pegawai Teknologi (CTO) CyberSecurity Malaysia, Wan Roshaimi Wan Abdullah serta Pengarah Urusan Agrocloud Sdn. Bhd., Vishnu Nair.

Persidangan yang berlangsung selama dua hari itu juga bakal dirasmikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Pada tahun lalu, IRC 2024 telah berjaya menarik penyertaan lebih 800 peserta dari ASEAN, Korea, Australia dan United Kingdom dengan matlamat untuk menangani isu-isu penting berkaitan inovasi digital dan kawal selia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 
Loading...
Terkini