comscore
Tumpuan :
Nasional

IRDA Serah 32 CPP Kepada Polis Kontinjen Johor

Wilayah pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA) menyerahkan 32 buah Pos Polis Komuniti (CPP) kepada Polis Kontinjen Johor, pagi tadi.

Ia antara sebahagian inisiatif bagi mewujudkan jaringan keselamatan yang mesra komuniti di wilayah berkenaan sempena ulang tahun ke-15 penubuhan IRDA 

Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim berkata, jaringan keselamatan yang lebih mesra komuniti akan dapat menarik minat orang ramai untuk menetap di kawasan berkenaan.

Ia secara tidak langsung akan meningkatkan tahap ekonomi di wilayah terbabit. 

Semua 32 pos polis komuniti terletak di dalam kawasan perumahan termasuk Taman Flora Height, Taman Universiti, Taman Pulai Utama, Felda Taib Andak, Felda Ulu Tebrau dan Taman Pasir Putih.

Pos Polis Komuniti yang pertama telah dibina pada tahun 2010 dan semua 32 unit telah siap serta beroperasi sepenuhnya pada akhir tahun 2020.

Pos Polis Komuniti mampu menempatkan seorang anggota polis bersama keluarga dengan dilengkapi ruang pejabat yang lengkap dengan kemudahan komunikasi serta sebuah rumah.

Konsepnya menepati Pencegahan Jenayah melalui Rekabentuk Persekitaran, dikenali sebagai Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED) seperti yang terkandung di dalam Pelan Induk Keselamatan dan Perlindungan Iskandar Malaysia. 

Penyerahan Pos Polis Komuniti disempurnakan  Pesuruhjaya Persekutuan IRDA, Mohamad Sa’elal kepada Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Polis Johor SAC Alzafny Ahmad.

Timbalan Ketua Setiausaha bahagian Kewangan dan Pembangunan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sollehuddin Alyubi Zakaria hadir menyaksikan majlis penyerahan berkenaan. 

Loading...
Terkini