comscore
Tumpuan :
Nasional

Ismail Sabri nafi dakwaan perbelanjaan 2020-2022 tidak direkod

FOTO: Ismail Sabri menafikan dakwaan pakej rangsangan tidak direkodkan dalam akaun kerajaan dari 2020 hingga 2022. – FB Ismail Sabri Yaakob

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan dakwaan bahawa pakej rangsangan tidak direkodkan dalam akaun kerajaan dari tahun 2020 hingga 2022 adalah tidak benar.

Beliau berkata, semua perbelanjaan kerajaan yang berkaitan telah direkodkan dalam penyata kewangan kerajaan.

“Saya tegaskan bahawa dakwaan ini tidak benar,” katanya menerusi Facebook.

Beliau mengulas dakwaan seorang pengguna Twitter kononnya perbelanjaan berjumlah RM620 bilion bermula 2020 hingga 2022 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak direkod.

“Nilai keseluruhan lapan pakej rangsangan adalah RM530 bilion yang mana sebahagian besar tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan (seperti moratorium pinjaman oleh bank).

“Perbelanjaan langsung kerajaan hanya sebanyak RM110 bilion dan peruntukan tersebut telah pun diluluskan Parlimen sebulat suara,” katanya.

Ahli Parlimen Bera itu adalah Perdana Menteri Ke-sembilan dan mula menerajui kerajaan pada 23 Ogos tahun lalu.

Loading...
Terkini