comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ismail Sabri sah tidak pertahan jawatan

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya itu dalam pemilihan yang akan berlangsung bulan depan.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu tidak mendedahkan sebab tidak mempertahankan jawatan berkenaan.

“Ya betul (tidak akan mempertahankan jawatan Naib Presiden),” katanya ringkas.

Sebelum ini beberapa pemimpin parti itu mengesahkan bertanding jawatan tersebut termasuklah dua penyandang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut dilapor menghantar borang untuk bertanding jawatan berkenaan adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Selain itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said juga dilapor akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini