comscore
Tumpuan :
Nasional

Ismail Tolak Debat Calon PM Dengan Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak debat calon Perdana Menteri dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ismail berkata, perdebatan yang disarankan itu tidak akan mendatangkan sebarang hasil.

“Bukan budaya kita, dia tak datang apa-apa hasil. Kalau bagi debat, dia akan sebut janji dia bulan bintang akan sebut, jadi tak perlu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ismail mengulas cadangan Anwar supaya tiga calon perdana menteri dari Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan debat secara terbuka sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pada 20 Oktober lalu, Anwar mencadangkan diadakan debat terbuka antara calon tiga calon perdana menteri dari PH, BN dan PN.

Anwar merupakan calon perdana menteri bagi PH, manakala Muhyiddin Yassin adalah calon bagi jawatan bagi PN.

Berita lanjut menyusul.

Loading...
Terkini