comscore
Tumpuan :
Nasional

Istana Budaya ditutup hingga 2026

Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Istana Budaya bersedia untuk ditutup sementara bagi kerja pengubahsuaian bermula 15 Januari ini.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Zubaidah Mukhta dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah itu sudah diluluskan oleh Jabatan Kerja Raya, JKR.

Tambahnya, penutupan itu penting bagi memudahkan kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan khususnya dalam menaik taraf struktur bumbung Istana Budaya.

Menurutnya lagi, penutupan itu adalah bagi tempoh dua tahun sehingga 5 Januari 2026, bersamaan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Zubaidah memberi jaminan bahawa Istana Budaya akan mengekalkan peranannya di sepanjang tempoh penutupan itu.

Ini termasuk melalui Kempen Gerak, mempamerkan persembahan seperti Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan Artistana.

Tambahnya, Istana Budaya kekal komited untuk memupuk perkongsian pintar dengan syarikat tempatan dan bekerjasama dengan bakat artistik tempatan untuk menganjurkan persembahan yang menarik di dalam dan di peringkat antarabangsa.

Loading...
Terkini