comscore
Tumpuan :
Nasional

Isteri, anak Nadir kini berlindung bersama 30 penghuni di sebuah rumah

Oleh: Izzatie Rizan

BANGI: “Waktu malam adalah waktu paling sukar sebab saya sering bermimpi mereka datang dan memeluk saya,” itu luahan aktivis kemanusiaan Nadir Al- Nuri Kamaruzaman.

Beliau melahirkan kegusarannya mengenangkan keadaan isteri dan tujuh anaknya yang kini berlindung di Rafah, selatan Gaza..

Menyifatkan situasi di wilayah itu ketika ini amat getir serta serangan udara berlaku tidak mengira masa, beliau bagaimanapun menzahirkan rasa syukur kerana isterinya Reen Al-Minawi dan anak mereka masih selamat serta boleh dihubungi.

“Alhamdulillah mereka masih hidup dan itu cukup baik untuk saya. Memang tak cukup tidur malam fikirkan keadaan mereka.

“Ketika ini ahli keluarga saya berlindung di sebuah rumah seorang lelaki tidak dikenali di Rafah di mana lelaki berkenaan bermurah hati membuka kediamannya sebagai tempat perlindungan yang dikongsi 30 penghuni lain,” katanya ketika ditemui Buletin TV3.

Kongsi Nadir lagi, penduduk Palestin kini berdepan kekurangan bekalan makanan termasuk diuji pelbagai penyakit.

“Yang boleh akses hanya makanan bertin tapi orang Palestin ini selalu sebut Alhamdulillah keadaan kita lebih baik daripada orang lain. Kalau dapat makan itu cukup bersyukur.

“Ketika ini serangan masih berlaku melalui udara dan di lokasi yang mereka sasarkan, belum berlaku serangan melalui jalan darat, jika berlaku risikonya ribuan akan mati syahid,” tambahnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini