comscore
Tumpuan :
Nasional

Isteri ditangkap khalwat dengan rakan sekerja selepas suami buat aduan

Pasangan yang disyaki berkhalwat ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di sebuah hotel di Tanjung Tokong. FOTO: NSTP

GEORGETOWN: Seorang penjawat awam ditahan kerana berkhalwat dengan rakan sekerja awal pagi ini selepas suaminya membuat aduan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Penolong Pengarah Kanan selaku Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Alamin Majok berkata, serbuan dijalankan pada jam 1.30 pagi di sebuah hotel di Tanjung Tokong di sini.

Katanya, serbuan menahan seorang lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 37 tahun.

FOTO: NSTP

“Semakan mendapati lelaki dan wanita itu bersekedudukan tanpa mempunyai sebarang ikatan pernikahan yang sah.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkhalwat,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, suami kepada wanita berkenaan yang menghidap angin ahmar turut berada di lokasi serbuan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini