comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Isteri maut dibunuh dengan tukul besi, disyaki akibat cemburu

 

BUKIT BESI: Seorang isteri maut akibat dibelasah oleh suaminya dengan tukul besi  disyaki akibat cemburu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.00 pagi tadi di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun yang menyebabkan mangsa,  41 tahun,  cedera parah di  dahi dan muka.

Sebelum kejadian, mangsa  baru pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah dan setibanya di rumah pasangan itu mula bergaduh.

Menurut sumber, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan .

Difahamkan, selepas mangsa dibunuh, suspek keluar dari rumah dan pergi ke rumah datuknya yang terletak tidak jauh dari lokasi sebelum memberitahu seorang kakaknya, dia telah membunuh isteri dengan tukul besi sambil menangis dan ketakutan.

Suspek kemudian pulang semula ke rumah sambil menangis melihat isterinya sudah tidak bernyawa terbaring di ruang tamu.

Suspek dilaporkan cuba membunuh diri kerana ketakutan dan dapat dipujuk ahli keluarga dan jiran .

Keluarga suspek kemudiannya menghubungi polis dan memujuk lelaki itu menyerah diri sebelum dibawa ke Balai Polis Bukit Besi.

Pasangan berkenaan dikatakan baru mendirikan rumah tangga, tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 6 bulan.

Mangsa adalah peniaga  di kampung berkenaan dan mempunyai enam  anak hasil perkahwinan sebelum ini.

Loading...
Terkini