comscore
Tumpuan :
Nasional

Isteri maut, suami parah dalam nahas kendiri

Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa, tercampak keluar dari kenderaan jenis Perodua Bezza yang dinaiki mereka.

BINTULU: Seorang wanita maut manakala suaminya parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan kendiri berhampiran Estet Ladang Tatau, Jalan Pesisir Bintulu-Samalaju, di sini.

Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa, tercampak keluar dari kenderaan jenis Perodua Bezza yang dinaiki mereka.

Penolong pengarah Operasi Jabatatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar jam 7.22 pagi lalu mengarahkan tiga anggota dengan sebuah jentera untuk ke lokasi kejadian.

“Setiba anggota bomba di lokasi, Komander Operasi memaklum berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan Perodua Bezza yang dinaiki 2 orang penumpang.

“Kedua-dua mangsa yang merupakan pasangan suami isteri tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki mereka semasa kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut Henderi, kedua-dua mangsa itu yang merupakan suami isteri itu difahamkan baharu sahaja melansungkan perkahwinan.

Jelasnya, mangsa, Nur Fariha Abu Bakar Ashe’ari, 24, dari Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Fasa 2 Tanjung Kidurong disahkan maut di lokasi oleh pasukan paramedik Hospital Bintulu.

Manakala suaminya, Awang Azizan Awang Adenan, 25, yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Bintulu.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini