comscore
Tumpuan :
Nasional

Isteri maut, suami parah dilanggar treler

 

KOTA TINGGI: Isteri maut, suami parah, kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 43.5 Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi tadi, kereta dipandu suami mangsa dilanggar dengan sebuah treler yang terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan dinaiki pasangan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, wanita yang berusia 37 tahun itu maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Suami mangsa yang berusia 38 tahun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut.

“Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan ujian air kencing didapati negatif, selain tiada rekod kesalahan lampau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini