comscore
Tumpuan :
Nasional

Isteri penjual lemang cedera, SUV rempuh khemah, kereta

Foto ihsan pembaca

HULU SELANGOR: Penjual lemang mengalami detik cemas apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh kereta dan khemah mereka, lewat malam tadi.

Dalam kejadian itu jam 11.30 malam itu, mengakibatkan isteri penjual lemang berusia 40 tahun luka di dagu dan bengkak di betis.

Manakala anak lelakinya berusia tiga tahun pula tidak cedera.

Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam kereta jenis Perodua Kelisa.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim siasatan awal mendapati pemandu SUV Proton X70 dalam perjalanan dari Kalumpang ke Kuala Kubu Bharu.

“Sebaik tiba di lokasi, SUV itu disyaki terbabas ke kiri jalan dan melanggar Perodua Kelisa yang diletakkan berhampiran gerai serta sebatang tiang kanopi.

“Lelaki berusia 58 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, hasil semakan mendapati pemandu Proton X70 tidak mempunyai rekod lampau.

“Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini