comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu agihan peruntukan Ahli Parlimen pembangkang dibincang petang ini 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PUTRAJAYA: Isu pengagihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan petang ini.

Difahamkan, mesyuarat itu akan berlangsung pada jam 5.30 petang ini di Kompleks Seri Perdana, di sini.

Semua pimpinan tertinggi parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan dijangka menghadiri mesyuarat itu dengan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, sebelum ini dilaporkan berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Beliau berkata, ia susulan perjumpaan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dengannya di Parlimen pada 19 Mac lalu.

Perjumpaan itu membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini