comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu bantuan BPR kepada 46 KIR di Mersing selesai

Pengarah Jabatan Orang Asli (JAKOA) Johor, Faisal Long berkata bantuan sebanyak RM2,500 itu telah diserahkan kepada penduduk oleh pegawai pejabat Daerah Mersing dengan bantuan pegawai JAKOA pada 28 Disember 2023.

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Isu Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) membabitkan 46 Ketua Isi Rumah (KIR) dari Kampung Orang Asli Labong, Mersing telah selesai.

Pengarah Jabatan Orang Asli (JAKOA) Johor, Faisal Long berkata bantuan sebanyak RM2,500 itu telah diserahkan kepada penduduk oleh pegawai pejabat Daerah Mersing dengan bantuan pegawai JAKOA pada 28 Disember 2023.

Malah katanya, mangsa banjir BPR yang menerima bayaran kurang daripada jumlah ditetapkan, turut diberikan tambahan bayaran.

“Kita juga akan segera membuat bayaran yang sama kepada penduduk di KOA Peta sebaik sahaja laluan ke kampung berkenaan dapat dilalui. Pada masa ini laluan ke kawasan terbabit terputus selepas dilanda banjir” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular menerusi laman Facebook mendakwa kira-kira 60 KIR Kampung Orang Asli Peta dan Labong belum menerima bantuan bencana banjir yang berlaku pada Mac tahun lepas, tanpa sebarang penjelasan daripada pihak berkaitan.

Mereka juga mendakwa cuba menyerahkan satu memorandum kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berhubung isu berkenaan ketika majlis jamuan teh yang diadakan di stadium Mersing pada 7 Disember lalu tapi gagal.

Loading...
Terkini