comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu dakwaan pesara kerajaan hilang wang dari akaun TH selesai

KUALA LUMPUR: Dakwaan seorang pesara kerajaan yang kehilangan wang dari akaun Lembaga Tabung Haji (TH) beliau selesai selepas menerima beliau penerangan terperinci dari TH.

Dalam satu kenyataan hari ini, TH berkata insiden itu telah memberi kesan kepada imej dan reputasi, TH.

“TH telah memberikan penerangan terperinci kepada pengadu berdasarkan bukti-bukti yang jelas,” katanya.

TH berkata pada pihak pengurusan TH telah berjumpa dengan Datuk Jabidah Monseri pada 9 Mac lepas di Kuching, Sarawak, dan beliau telah melahirkan rasa kesal serta membuat permohonan maaf.

“TH menerima permohonan maaf dari beliau dan turut berterima kasih kepada Jabidah atas kerjasama baik yang telah diberikan,” katanya.

TH berkata pihaknya mempunyai sistem pengurusan deposit yang selamat dan teguh serta sentiasa memberi perhatian yang amat serius terhadap keselamatan dan integriti operasi.

Platform atas talian THiJARI juga telah dibangunkan dengan ciri-ciri keselamatan yang menepati standard dan amalan terbaik pasaran setaraf dengan aplikasi yang digunakan oleh institusi perbankan.

Untuk pertanyaan berkenaan sebarang transaksi yang mencurigakan, pendeposit boleh menghubungi Hotline Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini