comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu GISB: Mangsa terselamat dalam jagaan rapi JKM dan PDRM – Nancy

Oleh: Hilmi Abdul Malik

PETALING JAYA: Kesemua mangsa yang diselamatkan dari kes eksploitasi dipercayai didalangi syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISB) kini dalam keadaan selamat.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga, Dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kesemua mereka berada dalam jagaan rapi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kanak-kanak yang diselamatkan itu kini berada di tempat selamat, di bawah jagaan JKM dan pengawasan PDRM.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa kanak-kanak tersebut berada dalam perlindungan dan penjagaan yang sewajarnya. Kebajikan mereka kami jaga dengan baik.

“Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai operasi ini, saya serahkan kepada komunikasi oleh pihak PDRM,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Katanya lagi, kementeriannya akan sentiasa memastikan aspek keselamatan termasuk penjagaan dan sokongan sewajarnya dilaksanakan sebaik mungkin terhadap kesemua mangsa yang berjaya diselamatkan.

Tambah Nancy KPWKM akan sentiasa memantau perkembangan kes berkenaan selain memberi ruang yang secukupnya terhadap pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Baru-baru ini, polis sedang melaksanakan proses menemu bual 392 kanak-kanak yang diselamatkan hasil serbuan polis ke atas 20 rumah amal dipercayai milik GISB di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses itu berkemungkinan mengambil masa kira-kira 14 hari untuk diselesaikan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini