comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu jalan raya tidak siap : DBKL arah perunding rangka pelan mitigasi

Oleh : Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR : Projek pembinaan terowong di Jalan Setiawangsa di ibu negara yang tertangguh sebelum ini dan dilanjutkan sehingga akhir November depan, berpunca daripada beberapa isu teknikal di tapak berkenaan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL dalam maklum balasnya kepada Buletin TV3 berkata pihaknya telah mengarahkan perunding untuk merangka pelan mitigasi bagi menyiapkan projek dengan kadar segera.

Projek berkenaan ujar DBKL adalah sambungan baki kerja untuk menyiapkan laluan underpass dan persimpangan lampu isyarat di Jalan Mohd Yatim Yahaya – Jalan 34/26, Wangsa Maju.

Pun begitu pada akhir Ogos 2018, ia telah dihentikan kerana terdapat isu pertindihan dengan pembinaan projek Lebuhraya SPE DUKE.

DBKL telah melantik kontraktor baharu bagi menyiapkan baki kerja projek berkenaan bermula pertengahan September tahun lalu.

Terdahulu Buletin TV3 melaporkan, pengguna jalan raya Jalan Mohd Yatim Yahaya mengeluh apabila jalan yang sepatutnya siap pada 11 September lalu dilanjutkan pembinaannya sehingga 30 November depan.

Keluhan itu berikutan mereka perlu melalui jalan yang tidak siap hingga menyebabkan kesesakan pada waktu puncak selain mengundang risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya.

Loading...
Terkini