comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu Kenaikan Harga Barang Keperluan

Foto hiasan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengesan kenaikan harga barangan bagi barang basah termasuk sayur-sayuran di Johor, Perak, Kelantan, dan Pahang.

Peningkatan harga barangan keperluan tersebut disebabkan oleh musim tengkujuh dan faktor perubahan cuaca yang terlampau sejuk yang menyebabkan kualiti dan kuantiti hasil sayur-sayuran berkurangan.

Bagaimanapun, KPDNHEP melalui satu kenyataan hari ini memaklumkan harga bawang yang diimport daripada pelbagai negara pengeluar menunjukkan penurunan harga.

Kementerian akan terus memantau bekalan dan harga barangan di pasaran melalui tindakan penguatkuasaan yang berterusan.

Pengguna boleh menggunakan aplikasi ‘Price Catcher’ untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan harga barang-barang keperluan.

Loading...
Terkini