comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu kerugian RM157 juta UiTM Holdings diserah kepada SPRM – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA SELANGOR: Isu ketidakcekapan dan ketirisan berhubung kerugian RM157 juta oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Holdings Sdn Bhd diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

“Itu…serah kepada SPRM,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ringkas ketika ditemui media selepas menyampaikan Syarahan Ulung Siddiq Fadzil – Pemikiran Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Universiti Selangor (UNISEL), di sini, hari ini.

Perdana Menteri mengulas laporan akhbar bertajuk ‘UiTM Holdings rugi RM157 juta’, yang disiarkan media tempatan hari ini, yang mendakwa jumlah kerugian itu berdasarkan kepada kiraan kerugian sebelum cukai terkumpul selama empat tahun iaitu bagi 2017, 2018, 2019 dan 2021.

Keuntungan sebelum cukai terkumpul yang dilaporkan bagi 2011, 2013, 2014, 2015 dan 2016 adalah sekitar RM26 juta.

UiTM Holdings Sdn Bhd adalah syarikat pegangan pelaburan milik penuh UiTM, yang menguruskan lapan syarikat berkaitan tenaga, penjagaan kesihatan, teknologi dan kreatif.-BERITA HARIAN

Loading...
Terkini