comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Isu LTAT: Laporan audit tidak tepat – Khaled Nordin

 

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Lembaga Ta­bung Angkatan Tentera (LTAT) akan menyerahkan laporan penuh kepada kerajaan secepat mungkin berhubung prestasinya.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pihaknya mahu menjelaskan fakta sebenar berkaitan rizab (LTAT).

“Ada tiga tabung tetapi pihak audit negara merujuk kepada satu tabung tetapi tabung secara gabungan menunjukkan positif dan untuk tahun ini pun positif untuk tahun lepas 2022 positif,2023 positif untuk tahun lepas lebih kurag  dalam 900 juta ringgit” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tahunan Putera Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kem Perdana Sungai Besi, ibu negara pagi tadi.

Tambahnya, beliau bersedia untuk dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menjelaskan situasi sebenar.

Laporan Ketua Audit Negara 2022 mendapati rizab LTAT dilaporkan berbaki negatif RM 0.338 bilion pada 2022.

LTAT merekodkan keuntungan bukan tunai RM 0.189 bilion  yang digunakan sebagai asas untuk pembayaran dividen tahun 2022 kepada pencarum.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini