comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu ‘Mawla Amin’: Polis siasat penyebaran salinan Nota Diplomatik Kerajaan Maghribi

 

Foto tular

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan susulan penyebaran salinan Nota Diplomatik bertaraf sulit yang diterima Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan polis dibuat Pegawai Tadbir Diplomatik, Kementerian Luar Negeri di Balai Polis Melaka Tengah, Khamis lalu.

Menurutnya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan (pendedahan maklumat) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain).

“Polis sudah merakam percakapan pengadu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini.

“Saksi-saksi yang lain akan dikenal pasti sejurus keterangan pengadu diperoleh,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Luar Negeri (KLN) membuat laporan polis berhubung penyebaran salinan Nota Diplomatik itu.

KLN dalam kenyataannya memaklumkan, laporan polis itu dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung penyebaran berkenaan.

Terdahulu tular, surat daripada Kerajaan Maghribi berkaitan penjelasan mengenai lelaki sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’ yang mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini