comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu miskin tegar dan pendidikan kaum tumpuan Kerajaan Perpaduan

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Isu miskin tegar dan pendidikan yang melibatkan kaum India akan diberi tumpuan oleh Kerajaan Perpaduan.

Itu jaminan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pimpinan MIC.

Katanya beliau memahami rungutan MIC terutamanya dalam soal pengagihan kerusi bagi enam pilihan raya negeri, serta jawatan dalam Kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Saya ingin memberi jaminan kepada anda (pimpinan dan akar umbi MIC), ini bukan kenyataan politik semata-mata. Kita mungkin mempunyai pendapat yang berbeza, tapi jangan persoalkan bahawa saya ingin berkhidmat kepada negara, ingin memastikan setiap penduduk ada tempat di negara ini, dan bangga menjadi rakyat Malaysia.”

Beliau berkata demikian kepada akar umbi MIC dalam pertemuan khas bersama mereka di Dewan Sivaji, Bangunan MIC di ibu negara hari ini.

“Pimpinan kanan BN, UMNO sudah tentu, termasuk MIC dan MCA telah membuat keputusan yang kritikal, di bawah situasi yang sangat rumit untuk menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Dan saya sejujurnya mengharapkan agar pencapaian kita dalam tempoh lapan bulan lepas, membuktikan kita sedang melalui laluan baharu. Satu anjakan dari polisi lalu yang hanya menimbulkan perpecahan dan sarat dengan naratif politik.”

Loading...
Terkini