comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelakon pukul teman wanita, polis sudah terima OTI

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

SHAH ALAM: Polis mengesahkan sudah menerima Perintah Untuk Menyiasat (OTI) bagi merakam percakapan seorang pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya di Ara Damansara, Petaling Jaya, Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkannya sebaik ditanya mengenai perkembangan kes itu selepas Program Anak Syurga di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, hari ini.

“Ya (sudah dapat OTI),” katanya ringkas.

Semalam media melaporkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, polis sudah menyerahkan permohonan OTI kepada TPR bagi merakam percakapan pelakon lelaki terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, Ahad lepas, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya susulan perselisihan faham.

Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara kira-kira jam 4 pagi.

Sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan dipandu teman lelakinya sebelum dimarahi dan lelaki itu terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini