comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu perkauman bukan isu besar di Malaysia – Menteri

Aaron (tengah) menerima cenderamata daripada kanak-kanak prasekolah pada Majlis Perjumpaan dan Amanat Kementerian Perpaduan Negara di Johor Bahru. – Foto: NSTP

JOHOR BAHRU: Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata keamanan negara tidak tergugat dengan isu sentimen perkauman di negara ini yang berada pada tahap tidak serius.

Ia diterjemahkan menerusi kedudukan Malaysia dalam Indeks Keamanan Global yang diletakkan pada tempat ke 18 daripada 163 negara.

Beliau berkata, hanya sebilangan kecil pihak sahaja yang membuat kekacauan dengan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan agama.

“Keamanan negara tidak akan tergugat atas tindakan itu kerana ia hanya membabitkan kumpulan kecil yang sekali-sekala, membuat kacau-bilau yang akan menjejaskan perpaduan negara.

“Walaupun bukan isu besar di Malaysia, kita perlu menangani isu itu kerana ia imej negara kepada pihak luar, yang boleh memberi kesan kepada rakyat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan dan Amanat Kementerian Perpaduan Negara di Auditorium Permata Sari, RTM Johor di sini, semalam.

Aaron berkata, bagi menyampaikan mesej perpaduan dalam kalangan semua kaum dan penganut agama negara ini, pihaknya sudah menyenarai lebih 30 individu, dalam Jawatankuasa Keharmonian di antara Penganut Agama.

“Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh saya sendiri ini mempunyai komuniti atau jawatankuasa harmoni dalam penganut agama itu nanti.

“Kta sudah menyenaraikan lebih 30 orang dari semua agama yang ada di Malaysia ini untuk datang dan berbincang, melihat nilai-nilai agama satu sama lain, di mana kita berbeza dan melihat bagaimana dapat bersama,” katanya. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini